Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 pada 26/8/2020
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 ini. Sekiranya kita lihat kembali kepada sejarah pelaksanaan langkah-langkah keselamatan jalan raya, banyak langkah telah dijalankan sebelum ini. Antara lainnya, dengan izin, Safety Helmet Rules 1973, Seat Belt Rules 1978, Speed Limit Rules 1989, Motorcycle Daytime Running Headlights Regulation 1992, implementation of specification of protective helmets, semakan piawaian helmet. Antara usaha langkah keselamatan jalan raya, antara lainnya peraturan tali pinggang kereta telah berjaya mengurangkan kematian pemandu dengan jumlah 58 peratus.
Walau bagaimanapun, motorcycle day time running headlights regulation tidak begitu efektif. Cadangan pindaan undang-undang ini merupakan langkah tambahan kepada usaha di atas. Akan tetapi saya perlu mengingatkan kementerian bahawa penurunan kepekatan alkohol ataupun blood alcohol contents (BAC) yang di introduce melalui pindaan ini bukanlah silver bullet yang bakal menyelesaikan segala-gala masalah. Inti pati klausa 11, had blood alcohol contents (BAC) yang ditetapkan untuk nafas, darah, air kencing, sejajar dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 0.05 peratus alkohol dalam darah, 0.022 peratus untuk nafas dan 0.067 peratus untuk air kencing.
Menurut kajian oleh Yusria Darma, calon PhD Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya dengan tajuk, “A Time Series Analysis of Road Traffic Fatalities in Malaysia 2017”, hanya 1.3 peratus pemandu kenderaan yang mati dalam kemalangan jalan raya diuji secara positif terpengaruh dengan alkohol. 1.3 peratus sahaja. Dengan itu, blood alcohol contents (BAC) bukanlah sebab utama berlaku kematian jalan raya yang melibatkan maut. Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya, sama ada sebelum ini ada Road Safety Plan 2014 sampai 2020 yang mempunyai sasaran mengurangkan kematian jalan raya telah mencapai objektifnya? Terdapat banyak sebab yang menyebabkan kemalangan jalan raya dan kebanyakan mangsa jalan raya adalah penunggang motosikal. Menurut kajian, julat umur yang mengalami kematian jalan raya yang tinggi ialah golongan remaja. Antara umur 16 tahun sampai 25 tahun. Lokasi yang merekodkan kematian jalan raya tertinggi adalah di lebuh raya atau highway.
Kalau kita lihat highways di negara kita sama ada lebuh raya seperti Federal Highway, Butterworth – Kulim, KESAS Highway, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang dan beberapa lagi. Saya rasa reka bentuk jalan raya dengan motorcycle lane spesifik boleh mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Ini kerana satu punca kemalangan ialah konflik antara kenderaan besar sama ada lori besar, kenderaan terutamanya kereta bertembung dengan motosikal yang berkongsi laluan yang sama. Mengikut kajian oleh Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) bahawa kalau kita melabur ataupun kita membuat usaha menambahkan motorcycle lanes, dedicated motorcycle lanes yang boleh mengurangkan kematian kemalangan jalan raya yang melibatkan khasnya penunggang motosikal dan juga penumpangnya.
Saya rasa perkara ini perlu diberi perhatian bahawa 1.3 peratus sahaja pengaruh alkohol, yang lain-lain. Kalau kita ingat bahawa dengan introduce bill ini ia hanya boleh menambahkan kebaikan, penyelesaian sedikit sahaja dan bukan boleh menyelesaikan segala masalah kemalangan maut yang pada hari ini.
Begitu juga saya ingin menimbulkan konsep kenderaan micromobility yang diperkenalkan dalam klausa 2B rang undang-undang pindaan ini yang merujuk kepada kenderaan yang berkelajuan maksimum 50 kilometer sejam. Antara senarai kenderaan micromobility yang wujud buat masa ini termasuk bicycle, beca, tricycle berkayuh, basikal elektrik, e-scooter segway, basikal lajak. Saya berpandangan bahawa untuk kategori micromobility itu, kalau sebaiknya boleh digalakkan kawasan khas untuk melindungi penunggang, pengguna tersebut daripada berkonflik dengan kenderaan besar seperti lori besar dan kereta.
Kita perlu melindungi khasnya golongan muda daripada potensi kemalangan yang tentu akan berlaku sekiranya tiada kawalan daripada pihak berkuasa. Saya apabila melihat akta ini, rang undang-undang ini tidak disebutkan dengan jelas. Akan tetapi kalau saya boleh merujuk kepada akta, satu undang-undang di Singapura, Active Mobility Bill yang regulate personal mobility devices. Saya rasa kita mungkin tidak menjurus ke arah itu dengan satu undang-undang yang begitu komprehensif di Singapura tentang personal mobility devices. Saya rasa, kita perlu ada kawasan khas, digalakkan kawasan khas kerana memang kalau hari ini kita lihat banyak e-scooter di kawasan Georgetown in the city, jalan yang sempit, e-scooter atas jalan raya. Oleh itu, bagaimanakah kita boleh mengawal selia perkara ini? kita bukan hendak menghalang e-scooter ini tetapi kita tidak mahu pengguna e-scooter ini bertembung dengan kenderaan kerana berkongsi atas jalan yang sama.
Seperti saya katakan tadi, saya rasa bukan sahaja MOT perlu melihat kepada usaha penambahbaikan terhadap pengangkutan awam seperti bas, LRT dan sebagainya. Ini kerana apabila pengangkutan awam yang bagus, akan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian. Isu-isu drink driving ini akan dapat dikurangkan secara berkesan. Pihak kerajaan juga saya rasa harus memberikan perhatian kepada pelbagai aspek dan bukan sahaja meningkatkan hukuman ataupun banyak lagi dasar dan kerangka perlulah diteliti. Jangan gunakan alasan blood alcohol content (BAC) ini untuk bekukan lesen arak yang baru-baru ini telah dilakukan di Wilayah Persekutuan, telah dibekukan pengeluaran lesen baharu. Saya rasa ini bukan alasannya kerana rekod data yang menunjukkan 1.3 peratus, yang menyebabkan kematian, ada beberapa sebab, ada banyak sebab. Saya rasa satu kajian ataupun satu usaha yang lebih gigih boleh dilakukan.
Saya rasa autoriti perlu menyediakan tempat rekreasi untuk anak-anak muda. Tempat-tempat yang selamat untuk penggunaan basikal, tempat-tempat yang selamat untuk penggunaan e-scooter dan bukan untuk meletakkan beban yang begitu berat ke atas ibu bapa. Itu sahaja ucapan saya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
No comments:
Post a Comment